ThoRnS feat RoSe
``http://URL.blogspot.com
`WELCOME HERE

She's the Rose(Nurul)
And with Her ThoRns(Zariff-Helmi-Nasuha)
Photobucket

`THE GIRL.

` NuruL
` ZariFF-HeLmi-NasuHa
` Female plus 3 male
` DiPloma Ekonomi Islam
` Kolej IsLam Johor

`LURVES.

` pink,blue
` chatting,songs,books
` jokes,craps

`WISHLIST.

` driving license
` Diploma in Ekonomi Islam
` Degree in Syariah Islam

`TAGBOARD.



`LINKS.

My Friends.

NiSa
HaJaR
LuTfi
Seha

Thank$x__xTo
`Blogskins
`IMEEM
`Photobucket
`TagbOard

`ARCHIVES.
  • February 2009

  • March 2009


  • `MUSIC PLAYLIST.


    Sami Yusuf - Hasbi Rabbi.MP3 -
    Monday, March 9, 2009

    Muhammad bin Idris al-Syafii

    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

    (Dilencongkan dari Imam Syafie)

    Lompat ke: pandu arah, gelintar

    Cendekiawan Islam
    Zaman Kegemilangan Islam

    Nama:

    Muhammad bin Idris as-Syafii

    Gelaran:

    Imam Syafii

    Lahir:

    767

    Wafat:

    820

    Bidang:

    Fiqah,

    Idea utama:

    Mazhab Syafii

    Pengaruh:

    Imam Malik


    Muhammad bin Idris al-Syafii, juga dikenali sebagai Imam Syafii adalah ahli
    fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia.

    [sunting] Riwayat hidup

    Imam Syafii dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah ke Mesir, di mana di sanalah beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafii. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafii.

    Imam Syafii dilahirkan sama ada di Gaza, Palestin atau di sebuah pekan kecil berdekatan dengan Asqalan atau Askelon di Turki atau Syria (Asqalan ketika zaman itu merupakan sebahagian daripada Syria). Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau. Ketika berumur 10 tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Imam Syafii mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.

    Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad setelah Perang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.

    Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun.

    Abu Hanifah

    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

    (Dilencongkan dari Imam Abu Hanifah)

    Lompat ke: pandu arah, gelintar

    Cendekiawan Islam
    Zaman Kegemilangan Islam

    Nama:

    Muhammad Nukman bin Thabit

    Gelaran:

    Imam segala Imam

    Lahir:

    699

    Wafat:

    767

    Etnik:

    Parsi

    Rantau:

    Iraq

    Bidang:

    Fiqah, Hadis

    Idea utama:

    Mazhab Hanafi

    Karya:

    Kitab al-Athar, Fiqah al-Akbar

    Pengaruh:

    Imam Syafie, Abu Yusuf

    Diilhami:

    Jaafar al-Saddiq, Alqama ibni Qays, Qatada ibni al-Nu'man


    Abu Hanifah atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi di
    Kufah, Iraq ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Beliau berasal dari keturunan Parsi dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasas Mazhab Hanafi. Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa tintanya ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari; mempunyai anak bernama Hanifah; dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah dipujuk oleh khalifah untuk memegang jawatan dalam kerajaan tetapi ditolaknya kerana bimbang dirinya dipergunakan oleh khalifah. Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di penjara ketika berusia 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad. Mazhab beliau tersebar di negara-negara Islam dan berpengaruh di Iraq. Selain itu, mazhab ini juga merupakan mazhab rasmi kerajaan Uthmaniyah serta jajahan takluknya seperti Mesir, Lubnan, dan Syria.

    [sunting] Pendidikan

    Beliau sempat belajar dengan beberapa orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. termasuklah Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas. Kecintaan beliau terhadap ilmu telah membawa beliau untuk menuntut ilmu dengan 200 orangilama termasuk para sahabat dan tabiin. Ilmu yang dipelajari beliau termasuklah ilmu tauhid, ilmu al-Quran, dan ilmu hadis selain mahir dalam bidang sastera. Beliau pernah berguru dengan Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun sebelum mengambil alih tempat gurunya itu setelah gurunya itu meninggal dunia.

    [sunting] Sumbangan

    Beliau banyak menghabiskan masa di masjid untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tertutama berkenaan bidang agama kepada orang ramai. Beliau juga terkenal dengan kebijaksanaan beliau dalam membezakan hadis sahih dan juga sebaliknya kerana beliau sangat berhati-hati dalam menentukan sesuatu hukum mengikut martabat hadis. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai ahli fikir dalam Islam kerana menggunakan akal fikirannya dalam memutuskan sesuatu hukum apabila hikum tidak terdapat di dalam al-Quran. Berbekalkan kebolehan yang dimiliki beliau, belia berjaya menyusun ilmu-ilmu berkenaan hukum fikah sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat pada masa kini dan beliau merupakan ulama pertama yang menyusun kitab fikah secara tersusun mengikut bab dan fasal. Beliau juga menyusun kitab “Al-Faraid” (harta pusaka) dengan lengkap. Cara pemikiran beliau mempengaruhi anak-anak muridnya yang menyebarkan ilmu mengikut aliran pendapat melalui kuliah dan penulisan. Beliau acapkali menegah murid-muridnya bertaklid tetapi menggalakkan menggunakan akal fikiran mengenai sesuatu hukum dan menegah umat Islam beramal dengan perkara-perkara bidaah dalam ibadat.

    [sunting] Karya-karya

    1. Fikah Akbar
    2. Al-Alim Wal-Muta’allim
    3. Masnad Fikah Akbar
    4. Masail An-Nawadir
    5. Masail Usul
    6. Fatwa Al-Waqiah
    7. Al-Kisanayat

    Imam Malik

    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

    Lompat ke: pandu arah, gelintar

    Cendekiawan Islam
    Zaman Kegemilangan Islam

    Nama:

    Malik ibni Anas

    Gelaran:

    Imam Malik, Syeikh Islam

    Lahir:

    93 H atau 713 M

    Wafat:

    179 H atau 796 M

    Etnik:

    Arab

    Rantau:

    Arab

    Bidang:

    Hadis, Fiqah

    Idea utama:

    Mazhab Maliki

    Karya:

    Al Muattok

    Pengaruh:

    Jaafar al-Sadiq, Abu Suhail al-Nafi


    Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith dilahirkan di Kota
    Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah. Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri. Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.

    Isi kandungan

    [sorok]

    [sunting] Sifat Peribadi

    Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum selaras dengan tuntutan agama supaya menjadi orang yang pembersih. Walau bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan keramahan dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat merupaka seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. Beliau seorang yang sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri walaupun baginda telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur. Beliau pernah dirotan dengan cemeti sehingga patah tulang belakang kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh talaknya. Ini menunjukkan betapa tabahnya beliau. Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan kewarakan beliau terhadap Allah s.w.t. Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anak-anak muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefaham kepada anak-anak muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.

    [sunting] Pendidikan

    Sejak kecil lagi minatnya terhadap ilmu sudah disemai dalam jiwanya. Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Harman iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun. Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di Kota Madinah yang pada masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

    [sunting] Kitab Al-Muattok

    ‘Al-Muattok’ bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum agama. Al-Muattok merupakan sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin. Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu. Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan, dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan al-Quran. Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Imam Syafie pernah berkata, “Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab al-Muattok karangan Imam Malik.”

    I'M GONE AT 9:00 AM